29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad adalah sesuatu yang berniat jahat.

Bahkan menurut Presiden Bersatu itu, cabaran berkenaan juga tidak sesuai dengan masanya serta merisikokan keselamatan rakyat Johor yang mungkin menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN), jika Bersatu menarik sokongan.

Tambah beliau lagi, pemimpin politik sewajarnya memikirkan soal rakyat dalam tempoh sukar ketika ini, selain mendakwa cabaran Shahrir dibuat kerana beliau marah akibat tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kalau nak buat, saya boleh buat tapi saya tak nak buat sebab saya kasihan dengan rakyat Melaka.

“Takkan saya nak buat di Johor, bodohlah saya. Cabaran itu sangat tidak munasabah, kenyataan politik yang amat tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, orang Johor marah Shahrir,” katanya pada sidang media di Jasin, Melaka yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shahrir semalam, yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor.

Ia susulan ketika Muhyiddin berucap pada satu majlis di Shah Alam, semalam, menyifatkan UMNO sebagai parti yang mementingkan diri sendiri, walaupun ketika rakyat berdepan ancaman Covid-19.

Muhyiddin turut memberi gambaran seolah-olah vateren UMNO tersebut mahu apa yang sedang berlaku di Melaka (PRN Melaka) turut berlaku di Johor.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor.

“Tengok di Melaka. Jahat. Kerajaan sudah ada. Dia sendiri tumbangkan. Shahrir cabar Bersatu tarik sokongan supaya pemimpin itu jatuh. Bijak atau bodoh? Minta maaflah,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan