24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Peguam Negara fail rayuan kembalikan hukuman mati

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Memetik laporan Bernama, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh.

“Ya, kami akan memfailkan rayuan,” katanya hari ini.

Lima daripada tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan manakala seorang lagi tertuduh didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Mahkamah Tinggi semalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut UPNM setelah didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat pada Zulfarhan, empat tahun lalu.

Ia selaras mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Advertisements

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. Kesemua mereka telah menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 1 Jun 2017.

Kesemua tertuduh yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi, antara jam 2.30 hingga 5.30 pagi dan dalam bilik 04-10 antara jam 4.45 hingga 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Mahkamah memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan tertuduh pada anggota badan mangsa telah menyebabkan kematiannya namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.

Allahyarham Zulfarhan kemudian meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan