25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Korban pesawat Hawk pemenang anugerah TUDM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAPTEN Mohamad Affendi Bustamy yang terbunuh dalam insiden pesawat pejuang Hawk terhempas semalam merupakan pemenang Anugerah Green Endorsement menerusi Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menerusi laporan di portal rasmi TUDM, Mohamad Affendi diberikan anugerah itu sebagai pengiktirafan kerana berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Penyampaian anugerah itu dilakukan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad bertempat di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang, Selangor pada minggu lepas.

Media semalam melaporkan seorang juruterbang maut manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas kira-kira pukul 10.07 malam.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan mengesahkan identiti mangsa maut sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala juruterbang yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar.

Mejar Mohd Fareez kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala jenazah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, TUDM akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan, berkata siasatan akan menjurus kepada aspek teknikal ke atas nahas.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan