32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan data yang dikeluarkan laman web COVIDNOW semalam.

Bagaimanapun, sebanyak 40 kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 29,769 kes.

Terdapat tujuh kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 6,024 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Selangor (7), Sarawak (6), Pulau Pinang (5), Sabah (5), Terengganu (4), Kelantan (3), Negeri Sembilan (3), Johor (2), Perak (2), Kedah (1), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, sebanyak 65,316 kes aktif melibatkan 50,765 kes dikuarantin di rumah, 8,217 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,789 kes di hospital, 281 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 264 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,413 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,217 kes), Kelantan (743 kes), Johor (479 kes), Sabah (487 kes), Kedah (439 kes), Pahang (329 kes), Sarawak (266 kes), Terengganu (261 kes), Perak (250 kes), Pulau Pinang (236 kes), Kuala Lumpur (312 kes), Negeri Sembilan (198 kes), Melaka (116 kes), Putrajaya (51 kes), Perlis (25 kes) dan Labuan (empat kes). – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan