Thursday, June 4, 2026

Kes sembuh catat pertambahan, 5,019 kes semalam – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES sembuh negara mencatatkan pertambahan dengan sejumlah 5,019 kes dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh dicatatkan sebanyak 2,451,216.

Sementara, sebanyak 45 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 29,676 kes manakala, sebanyak 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 6,006 kes.

Sementara itu, pesakit aktif terus bertambah  dengan sebanyak 98 kes dilaporkan menjadikan jumlah terkini sebanyak 65,417 kes.

Ia melibatkan 51,030 kes (78.0 peratus) dikuarantin di rumah dan 8,067 kes (12.3 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Sementara, 5,796 kes (8.9 peratus) di hospital, 259 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 265 (0.4 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan. – EDISI 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan