Tuesday, July 21, 2026

Piala Dunia: Sepanyol, Croatia layak beraksi di Qatar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEPANYOL berjaya mengelak beraksi pada perlawanan playoff apabila gol Alvaro Morata empat minit sebelum tamat perlawanan memastikan kemenangan 1-0 ke atas Sweden sekali gus layak beraksi di Piala Dunia Qatar tahun depan.

Memetik laporan agensi, Sweden yang tewas 0-2 kepada Kazakhstan pada perlawanan terakhir, menyaksikan Sepanyol merampas kedudukan teratas Kumpulan B dan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke Qatar.

Morata sebelum itu terlepas beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun akhirnya tenang melakukan penyudah.

Secara jujur, saya menanggung beban yang berat di bahu,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.

“Saya merasai lebih banyak tekanan pada perlawanan ini apabila ramai yang mungkin menganggap mudah untuk mendapat keputusan yang baik pada saingan Euro atau Liga Negara-Negara.”

Sementara itu, gol sendiri pemain Rusia, Fedor Kudryashov pada lewat perlawanan menyaksikan Croatia mencatat kemenangan 1-0 sekali gus mengesahkan tiket ke Piala Dunia.

Croatia yang beraksi di final Piala Dunia 2018 pada awalnya dilihat perlu beraksi pada perlawanan playoff selepas Rusia mempamerkan aksi bertahan.

Namun kesilapan dilakukan Kudryashov lapan minit sebelum tamat perlawanan menyaksikan Croatia berjaya merampas kedudukan teratas.

“Ia perlawanan yang sukar sejak dari awal kerana hujan. Kami tidak pernah berputus asa dan bersabar. Kami memang berhak memenangi perlawanan ini,” kata kapten Croatia, Luka Modric. – Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan