31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Penggulungan Bajet 2022 bermula hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGULUNGAN Bajet 2022 dijadual berlangsung selama empat hari di Parlimen bermula hari ini dan dibentangkan melibatkan kementerian-kementerian berkaitan.

Memetik laporan Astro Awani, menurut aturan urusan mesyuarat, perkara itu akan disusuli selepas sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

Strategi kerajaan dalam menangkis mentaliti kelas ketiga dalam kalangan masyarakat terhadap Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara yang menjadi tumpuan di parlimen.

Perkara itu akan ditanyakan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PH-Sri Gading) kepada Menteri Kanan Pendidikan semasa sesi soal jawab lisan.

Noorita Sual (PH-Tenom) pula meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan komitmen pihak kerajaan di dalam memperkenalkan akta gangguan seksual dan apakah garis masa akta tersebut akan dibentangkan.

Isu mesej spam yang mempromosikan perjudian secara dalam talian juga akan ditanyakan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Baca juga:   Lebih 110 ahli Parlimen masih bersama kerajaan - Ismail Sabri

Mohd Nizar turut bertanyakan sama ada terdapat sebarang penglibatan pengendali syarikat telekomunikasi yang bersekongkol dengan sindiket ini bagi menjual data peribadi pengguna.

Seterusnya, Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) meminta menteri kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk menambah jumlah perkongsian hasil kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri untuk membolehkan kerajaan negeri mengurangkan kebergantungan kepada hasil penjualan dan penerokaan tanah dalam menampung perbelanjaan.

Ini diikuti dengan pertanyaan Larry Sng Wei Shien (Bebas-Julau) kepada Menteri Pengangkutan apakah rancangan komprehensif kementerian untuk menjadikan servis perkhidmatan e-hailing teksi motosikal sebagai salah sebuah pelengkap perkhidmatan awam yang baharu di negara ini.

Baca juga:   44 kematian COVID-19, tertinggi sejak pandemik melanda

Manakala Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan hutang isi rumah yang kini telah meningkat ke AS$328.7 bilion atau 93.3 peratus KDNK negara.

Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober lepas.

Sesi perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 bermula 1 November lepas.

Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan