28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dos penggalak tingkat keberkesanan penerima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBERIAN dos penggalak Pfizer kepada penerima vaksin Sinovac akan meningkatkan keberkesanan daripada 54 peratus kepada 95 peratus.

Maklumat itu dikongsikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata, dapatan tersebut adalah hasil kajian Kementerian Kesihatan Chile yang menunjukkan, keberkesanannya iaitu 14 hari selepas dos penggalak diberikan kepada penerima.

“Untuk dos penggalak AstraZeneca kepada penerima Sinovac pula, keberkesanan vaksin meningkat daripada 54 peratus kepada 94 peratus.

“Selain itu, pemberian dos penggalak Sinovac kepada penerima Sinovac pula meningkatkan keberkesanan vaksin daripada 54 peratus kepada 74 peratus,”katanya.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan dan sebab itu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi dos penggalak.

“Pemberian dos penggalak yang berbeza daripada dos asal dilaksana di banyak negara.

“Pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya penerima sudah menerima janji temu untuk dos penggalak, Kementerian Kesihatan menggalakkan mereka untuk hadir dan menerima suntikan untuk Covid-19. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan