25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Insiden buaian ‘fun fair’, seorang maut, seorang cedera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengunjung maut, manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai terjatuh dari buaian berpusing di sebuah tapak pesta ria atau fun fair berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan, Kajang, Selangor, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Nasir Drahman berkata, pihak polis menerima panggilan pukul 12.05 malam daripada seorang pekerja tapak pesta ria itu memaklumkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, saksi memaklumkan bahawa terdapat dua lelaki tempatan yang juga pengunjung telah terjatuh dari buaian berpusing di lokasi.

“Salah seorang mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans (Hospital Kajang) yang tiba di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera berumur 30-an telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Nasir berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian sama ada terdapat kecuaian daripada pihak tapak pesta ria ataupun daripada mangsa sendiri.

Advertisements

Menurutnya, setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut.

“Kita telah membuka kertas siasatan dan telah mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut,” katanya.

Mohd. Nasir berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca kematian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan