32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Anggota polis cedera digilis, ditikam pengedar dadah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis cedera akibat digilis dan ditikam seorang pengedar dadah dalam satu serbuan di Kampung Baru Tepi Laut, Kuala Sanglang di daerah Kubang Pasu, Kedah semalam.

Anggota berpangkat konstabel berusia 31 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam serbuan jam 6.55 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kubang Pasu termasuk mangsa menahan kereta suspek.

Beliau berkata, mangsa memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan suspek berusia 38 tahun itu keluar, namun dia cuba melarikan diri dengan kereta berkenaan.

“Suspek cuba melarikan diri dan melanggar dua buah kenderaan milik anggota polis. Kereta suspek turut menggilis kaki kiri mangsa.

“Dalam usaha untuk mempertahankan diri, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta berkenaan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke dalam sawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Astro Awani.

Rodzi berkata, suspek kemudian keluar dari kereta berkenaan dan cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan antara suspek dan anggota serbuan.

Beliau berkata, suspek mengeluarkan pisau dan menikam anggota polis terbabit sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan kanan.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu.

“Hasil siasatan mendapati, suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Rodzi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif Methampetamine.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalah dadah dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 14 November untuk membantu siasatan,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan