31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6,355 kes baharu hari ini – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 6,355 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif Covid-19 sebanyak 2,575,888 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 31 kes adalah kes import manakala 6,324 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat 115 kes atau 1.8 peratus daripada kes harian adalah kategori 3, 4, 5; dan
6,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 5,031 kes dengan jumlah kumulatif 2,477,314 atau 96.2 peratus.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) melaporkan sebanyak 542 kes (436 kes disahkan COVID-19 ; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 268 kes (173 kes disahkan COVID-19 ; 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 10 kluster baharu dicatatkan pada hari ini menjadikan kluster aktif mencecah 246 kluster. – Edisi 9



Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan