29 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 26, 2024

Vape, rokok elektronik perlu diharamkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMASUKAN dan penggunaan rokok eletronik dan vape di negara ini perlu diharamkan dan bukannya mengenakan cukai kepada pengguna dan penjualnya.

Itu pandangan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang berkenaan dengan cadangan kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel yang bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape itu.

Beliau berkata, ini berikutan kedua-dua alatan tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada kesihatan rakyat negara ini.

“Mengikut kajian beberapa buah negara termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), rokok elektronik dan vape bukan alternatif terbaik untuk seseorang individu menghentikan ketagihan merokok.

“Sebaliknya, menghisap dua alat ini adalah satu bentuk ketagihan nikotin baharu dan ia sukar dikawal,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Justeru, beliau meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat demi kesihatan rakyat Malaysia.

“Rokok termasuk rokok elektronik dan vape bernikotin adalah penyumbang risiko yang utama dalam isu penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini yang juga merupakan masalah kesihatan besar.

“Tambahan menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya terpaksa berbelanja besar bagi merawat penyakit berkaitannya,” jelasnya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini dipetik berkata, kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel yang bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Masters Malaysia: Hajat Zii Jia tidak kesampaian

HAJAT perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain No....

Lagi Artikel Berkaitan