27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Najib tolak pemberian tanah RM100 juta oleh kerajaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Najib Razak menolak pemberian tanah bernilai RM100 juta oleh kerajaan walaupun ia adalah haknya selaku bekas perdana menteri.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau juga hairan apabila isu berkenaan secara tiba-tiba muncul menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedangkan permohonan untuk tawaran berkenaan adalah pada tahun 2018.

“Tiba-tiba sahaja diberi nilai RM100 juta, sedangkan ianya tanah kerajaan sedia ada yang diberi kepada saya untuk saya pilih di bawah akta kerajaan. Bukan suruh kerajaan belanja untuk beli tanah dan bagi saya.

“Saya dan isteri saya dijadikan bahan untuk maharaja lawak mega, gambar edit isteri saya pula dijadikan squid game DAP dan banyak lagi, sedangkan saya bukan pun calon di Melaka dan ada apa-apa jawatan tertinggi dalam UMNO,” katanya pada sidang medianya, di Hotel LaCrista, hari ini.

Najib berkata, beliau tidak mahu permohonan berkenaan dijadikan isu PRN Melaka biarpun diri beliau bukan calon di negeri tersebut atau presiden UMNO dan Pengerusi BN.

“Oleh itu saya buat keputusan untuk menolak tawaran tersebut. Walaupun secara prinsipnya ia adalah berdasarkan kelayakan kepada semua bekas PM. Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan dengan saat-saat sukar seperti ini keutamaan negara adalah kepada rakyat.

“Saya boleh tarikh balik permohonan kediaman seperti dibenarkan di bawah Akta Kerajaan pada 2018 itu,” katanya.

Menurut beliau, permohonan berkenaan sebenarnya berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 dan akta berkenaan sudah dipinda, diubah suai serta diperbaiki pada tahun 2013.

Advertisements

“Memandangkan isu ini telah mencetuskan suasana tidak selesa, pihak saya mencadangkan kepada YAB PM (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk melihat semua kelayakan peruntukan ini sekiranya perlu menarik semula peruntukan ini untuk semua bekas PM termasuk selepas saya.

Walau bagaimanapun menurut Najib, bagi bekas PM yang telah menerima kelayakan tersebut, kerajaan tidak perlu menarik balik peruntukan berkenaan.

“Saya cadang kerajaan untuk mengkaji semula peruntukan ini yang telah diluluskan zaman Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad).

Terdahulu, Najib turut menjelaskan, mukanya tidak terpapar dalam poster pengundi di seluruh negeri Melaka.

“… yang pilihan raya ialah negeri Melaka, tapi yang diserang saya pula. Apa pihak lawan fikir warga Melaka akan dapat sekiranya mereka benci saya.

“Apa yang rakyat Malaysia telah dapat membenci saya selepas PRU 14. Cuba kita renung balik ekonomi lepas PRU 14 lebih bagus, aset-aset negara bertambah, dividen tabung-tabunh simpanan menaik, kesejahteraan hidup bertambah, lebih selesa, negara lebih stabil dan terancang, pasaran saham lebih baik, pelabur asing meningkat, janji-janji manifesto ditepati,” soalnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan