26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

4,885 kes harian hari ini – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 negara merekodkan angka di bawah 5,000 dengan 4,885 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,591,486 kes.

Ketua Pengarah Kesihata, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 18 kes adalah kes import yang melibatkan 15 warganegara; tiga bukan warganegara.

“Manakala, 4,867 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,732 warganegara (97.2 peratus) dan135 bukan warganegara (2.8 peratus).

“Terdapat 91 kes yang dilaporkan hari ini (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 5,628 kes menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,493,437 atau 96.2 peratus.

“Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 549 kes (437 kes disahkan COVID-19 ; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) dan kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 274 kes (184 kes disahkan COVID-19 ; 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak tujuh kluster baharu dilaporkan hari ini.

“Manakala, jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,655 kluster; dan kluster aktif sebanyak 233 kluster,” katanya. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan