27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

69 pelatih Kor Suksis USIM terima tauliah Inspektor Sukarelawan

Mesti Baca

SERAMAI 69 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menamatkan latihan sekaligus ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada 35 lelaki dan 34 perempuan yang sedang menuntut di peringkat Sarjana Muda menerima watikah masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), JPJKK Bukit Aman, Datuk Dr Mustafa Khan Abduk Samat.

Tauliah tersebut merupakan pengiktirafan dan penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia kepada pelatih-pelatih Kor Suksis yang telah berjaya menamatkan latihan selama 672 jam dalam tempoh tiga tahun pengajian dengan modul-modul antaranya Latihan kawad, Latihan Senjata, Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Khidmat Masyarakat.

Mustafa Khan dalam ucapannya meletakkan harapan agar pegawai Kor Suksis tersebut mampu memiliki kemahiran insaniah yang tinggi serta dapat memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat.

“Dengan semangat juang tinggi mereka telah berjaya mengharungi penat lelah, perit-maung dalam menjalani latihan yang telah ditetapkan, syabas dan tahniah diucapkan,” katanya dalam Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksis USIM Tahun 2021, baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin turut berharap dengan pengintegrasian ilmu naqli dan aqli yang diterapkan, pegawai-pegawai Kor Suksis USIM ini dapat lebih terkehadapan dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

Baca juga:   Penduduk hulu Paka gempar kemunculan Pak Belang
Baca juga:   Penduduk hulu Paka gempar kemunculan Pak Belang

“Sentiasa menjaga nama baik USIM dan berbanggalah menjadi graduan USIM. Manfaatkan ilmu dan pengalaman sepanjang berada dalam pengajian di Kampus Barakah ini untuk dimanfaatkan bersama masyrakat kelak.

“Sentiasa mengamalkan etika Islam dalam menjalankan sebarang tugasan. Tunjukkan akhlak yang terpuji serta jadilah profesional Muslim yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Elakkan dari melakukan kesalahan-kesalahan yang dilarang sama ada secara moral mahupun agama,’ katanya.

Sementara itu, tiga pelatih, Muhammad Aiman Syafiq Zaidi, Muhammad Hariz Anuar dan Suraya Natasha Hassan apabila masing-masing dianugerahkan Pelatih Terbaik Keseluruhan, Pelatih Terbaik Latihan Luar dan Pelatih Terbaik Akademik

Anak kelahiran Kuala Pilah, Muhammad Aiman Syafiq Zaidi yang merupakan pelajar jurusan Bioteknologi Makanan dari Fakulti Sains dan Teknologi ini melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana tidak menyangka mendapatkan pengiktirafan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan.

“Tiga tahun latihan di Suksis ini banyak perkara yang saya belajar dari sini, dari sudut mendisiplinkan diri, pengemasan diri dan latihan dan tunjuk ajar dari jurulatih, Alhamdulillah saya berjaya sampai ke tahap ini.

“Bagi saya, bukan saya sahaja yang terbaik, semua pelatih adalah terbaik dan hanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana untuk memanfaatkan ilmu itu. Setiap apa aktiviti yang kita lakukan, kita manfaatkan dan bersungguh-sungguh dalam melakukannya,” katanya.

13 skuad dengan 771 Pegawai Kor Suksis USIM telah ditauliahkan sejak ditubuhkan pada tahun 2006. – Edisi 9

Baca juga:   Jangan buat spekulasi kematian Dr Chai - Noor Hisham
Baca juga:   Kes COVID-19 di Thailand lepasi 600,000

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan