24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kadar kemasukan ke hospital meningkat – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR kemasukan ke hospital melibatkan pesakit Covid-19 semakin meningkat.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Beliau berkatanya, kebanyakan kes tersebut melibatkan warga emas atau golongan komorbid yang dijangkiti kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah.

“Justeru, orang diingatkan sentiasa memakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak. Dapatkan booster (dos penggalak) bila diberi janji temu,” katanya.

Advertisements

Menerusi satu lagi ciapannya, beliau meminta sesiapa yang mempunyai ibu bapa atau datuk dan nenek untuk memberi keyakinan kepada mereka mendapatkan dos penggalak apabila sudah menerima janji temu.

“Jika ibu bapa atau datuk nenek anda menerima janji temu dos penggalak vaksin Covid-19, tolong yakinkan mereka untuk mendapatkannya.

“Suntikan dos penggalak ini selamat dan memastikan mereka mendapat perlindungan lebih baik daripada Covid-19 serta risiko ahli keluarga yang membawa pulang virus ini,” katanya.

Data di laman web CovidNow hari ini memaparkan, terdapat 68,790 kes aktif setakat semalam melibatkan 55,026 kes dikuarantin di rumah, 7,792 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,431 kes di hospital, 274 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 267 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan