28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sajat mengaku transgender dalam program secara langsung

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat mengakui mengenai status dirinya seorang transgender.

Pengakuan itu dibuat Sajat ketika muncul dalam program What’s Going On Malaysia yang ditemu ramah pelawak Harith Iskander serta disiar secara langsung di Facebook dan YouTube selebriti itu, malam tadi.

Dalam temuramah tersebut, Sajat beberapa kali memberitahu dia adalah transgender dan menyatakan keputusan tinggalkan Malaysia dibuat kerana mendakwa keselamatannya terancam, selain mengalami kemurungan teruk.

“Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Hinggakan saya murung teruk dan perlu mendapatkan rawatan, ambil ubat serta jalani terapi mental.

“Saya buat keputusan larikan diri dari Malaysia sebab tak mahu ia berterusan walaupun perlu tinggal anak, keluarga, kawan-kawan dan perniagaan,” katanya.

Sajat yang memaklumkan dia kini berada di Australia sejak 18 Oktober lalu, masih menjalani kuarantin diri.

“Saya rasa lebih dihargai di sini (Australia) sebagai orang baharu. Saya sudah diberi nombor cukai serta diberi juga ruang menghadiri kelas untuk mengukuhkan kebolehan berbahasa Inggeris.

Advertisements

“Saya didedahkan juga dengan selok-belok berniaga termasuk belajar urusan import dan eksport. Begitu juga dibantu dari aspek kediaman dan elaun hidup.

“Lebih utama, apa yang terjadi selama ini membuka mata saya mengenai soal hak asasi. Sebagai manusia kita kena tahu hal itu (hak asasi) dan sekarang, saya hendak ‘move on’ untuk bina hidup baharu di sini sebagai ‘transwoman’,” katanya.

Sajat berkata, dia juga belajar daripada kesilapan. Katanya, dia kini ada visi untuk diterokai dan membina perniagan baharu di negara ‘penghijrahan’ itu.

Terdahulu, sebaik berjaya bolos melarikan diri dari negara ini, Sajat yang dilaporkan bersembunyi sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak akhirnya dapat dikesan di Bangkok, Thailand.

Dia ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaannya yang menjadi buruan apabila lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok serta memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan