27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PRN Melaka: PN runding kerusi dalam masa terdekat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RUNDINGAN kerusi di antara semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti semalam telah membincangkan persiapan bagi menghadapi PRN Melaka yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, Bersatu kini melakukan persiapan sewajarnya bagi menghadapi PRN memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah pun dibubarkan.

“Manakala, rundingan kerusi di antara semua parti komponen Perikatan Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Ketua Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga merupakan Pengerusi PN negeri telah mengatur strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi bersama parti-parti komponen PN bagi menghadapi pilihan raya ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Hamzah berkata, Bersatu dan parti-parti komponen PN akan terus meningkatkan pelaksanaan program-program outreach sedia ada di kerusi-kerusi DUN Melaka.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah bagi menyantuni rakyat antaranya inisiatif Gerai Prihatin Rakyat yang mendapat sambutan baik daripada rakyat Melaka.

Sehingga kini baik PN mahupun Barisan Nasional (BN) masih belum membuat keputusan berhubung calon yang akan bertanding.

Bahkan, mereka masih menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat Isnin ini bagi memutuskan perlu diadakan PRN Melaka dengan kadar segera atau sebaliknya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan