36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes aktif terus menurun, kes sembuh atasi kes harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 terus merekodkan pengurangan dengan sebanyak 4,460 kes dilaporkan, berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 101,587 kes.

Di samping itu, bilangan kes sembuh negara juga merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 12,456 kes sekaligus melebihi kes baharu harian negara yang direkodkan.

Pertambahan angka tersebut menjadikan  jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,240,345 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 22 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,590 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 88 kes kematian dilaporkan,meningkat berbanding semalam (68 kes) dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 27,681 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 78,414 kes (77.2 peratus) dilapor bagi kuarantin di rumah manakala 14,975 kes atau 14.7 peratus lagi pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara itu sebanyak 7,496 kes (7.4 peratus) di hospital; 335 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 367 kes atau 0.4 peratus lagi di ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan sebanyak 8,063 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,364,570 kes. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan