28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Cemburu motif pembunuhan kejam pesara tentera

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan hampir membusuk dengan sembilan kesan tikaman pada anggota badan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan perasaan cemburu menjadi motif pembunuhan kejam seorang pesara tentera yang mayatnya ditemui di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama, kelmarin.

Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui dalam keadaan hampir membusuk dengan sembilan kesan tikaman pada anggota badan di jalan pintas dari Selama ke Gerik melalui Banjaran Titwangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan pada Isnin lalu membabitkan kes seorang pesara tentera yang dilarikan secara paksa dari rumahnya di Taman Ngah Ibrahim, Taiping.

Menurut beliau, mangsa dilarikan dua individu termasuk seorang anggota tentera di hadapan rumah pada pukul 3 petang Ahad lalu.

“Ketika kejadian, kedua-dua suspek bersenjatakan besi dan memandu kereta jenis Nissan Almera.

“Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun di Taiping kelmarin dan seorang tentera berusia 34 tahun di Perlis.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek telah membawa polis ke sebuah kawasan di Bukit Sumpitan dan menunjukkan lokasi di mana mangsa telah dibunuh pada hari kejadian,” katanya.

Advertisements

Menurut Mior Faridalathrash, daripada pemeriksaan pada mayat mang­sa telah menemui sembilan kesan tikaman yang dipercayai menggunakan senjata tajam.

Katanya, lima tikaman dikesan pada bahagian belakang badan mangsa, manakala empat tikaman lagi pada bahagian hadapan.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dengan mayatnya dijumpai kira-kira 60 meter dari tepi jalan di Bukit Sumpitan, “katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Punca pembunuhan dipercayai akibat masalah cemburu di mana suspek yang juga anggota tentera menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya,” katanya.

Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan kerana membunuh.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan