26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PICK: Hanya 21.9 peratus penduduk belum divaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif apabila hanya berbaki 21.9 peratus penduduk di negara ini yang masih belum divaksin.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, setakat 11.59 malam tadi, sebanyak 78.1 peratus penduduk iaitu bersamaan 25,479,010 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala, sebanyak 74.8 peratus penduduk iaitu bersamaan 24,411,588 individu di negara ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Bagi pemberian dos vaksin yang direkodkan semalam, sebanyak 6,312 individu telah menghadirikan diri ke PICK bagi menerima dos pertama mereka.

Manakala, sebanyak 49,192 dos vaksin kedua direkodkan diberikan di negara ini semalam.

Dalam perkembangan pemberian dos penggalak, sebanyak 20,370 dos diberikan semalam dengan jumlah keseluruhan pemberian dos penggalak yang direkodkan di negeri ini sebanyak 291,409 dos.

Sementara itu, sebanyak 69,153 kes aktif direkodkan membabitkan hanya sebanyak 0.4 peratus pesakit bersamaan 277 individu ditempatkan di unit rawatan rapi tanpa bantuan alat penafasan.

Manakala, sebanyak 0.4 peratus pesakit bersamaan 293 individu ditempatkan di unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan alat penafasan.

Majoriti pesakit aktif iaitu sebanyak 78.1 peratus iaitu bersamaan 53,990 individu menjalani kuarantin di rumah diikuti sebanyak 13.2 peratus menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Manakala, sebanyak 7.9 peratus pesakit bersamaan 5,431 individu menjalani rawatan di hospital.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan