26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penjawat awam diberi tempoh sehingga akhir Oktober

Jika tidak melengkapkan vaksinasi mereka berkemungkinan berdepan tindakan disiplin atau ditamatkan perkhidmatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA penjawat awam diberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing, demikian ditegaskan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Beliau berkata, mana-mana penjawat awam yang tidak mendapatkan vaksinasi penuh bermula 1 November berkemungkinan berdepan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

“Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Khairul Adib berkata, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil berbanding majoriti yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Namun, katanya, keengganan kelompok kecil itu tetap memberi implikasi terhadap program vaksinasi kerajaan dan menggambarkan imej negatif penjawat awam secara keseluruhan, selain menjejaskan penyampaian perkhidmatan.

“Penjawat awam seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dalam menyokong usaha kerajaan dan memberi keyakinan kepada orang ramai tentang keberkesanan program vaksinasi yang dijalankan,” katanya semasa majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara maya.

Beliau mengingatkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993].

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan