25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pasaran bebas tentukan harga siling kit ujian kendiri COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA siling kit ujian kendiri Covid-19 tidak perlu ditentukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebaliknya, membiarkan pasaran bebas yang akan menentukan.

Itu kata Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid yang berpandangan mengenai harga siling ujian kendiri Covid-19 bagi pihak kementerian.

“Pada hari ini, harga jualannya (kit ujian kendiri Covid-19) hampir RM20 (bagi satu set) tetapi kita mendapat keyakinan daripada pengeluar bahawa ada sesetengah daripada mereka akan menjual harga di bawah RM10.

“Ini yang kita nanti-nantikan. Jadi, saya rasa pihak kementerian tak perlu menentukan harga maksimum atau minimum untuk kit ujian kendiri ini.

Advertisements

“Kita biarkan pasaran bebas menentukan harga tersebut,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, lapor Bernama.

Rosol berkata, kit ujian kendiri Covid-19 dijual bukan sahaja di farmasi atau kedai-kedai ubat, malah akan diperluaskan di pusat membeli-belah, rantaian kedai-kedai dan stesen-stesen minyak dalam masa terdekat.

“Ini akan memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkannya, juga untuk memastikan persaingan sihat,” jelas beliau. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan