29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Anak tetak, kelar ibu bapa sendiri sehingga maut

Suspek anak bongsu pasangan tersebut mendakwa melihat mata ayahnya menjadi hitam sebelum bertindak membunuh mereka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang anak bertindak di luar batas kemanusiaan apabila tergamak membunuh ibu bapanya sendiri dengan menetak mangsa bertubi-tubi serta mengelar leher mangsa di sebuah rumah di Kampung Kemahang di Benta, Pahang, malam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, kedua-dua mangsa iaitu Mohammad Maasai, 68, dan isterinya Zailan Zainudin,64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa tinggal bersama suspek Ahmad Hafizudin Mohammad, 31, yang merupakan anak bongsu mereka yang tidak bekerja.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor, siasatan awal mendapati semasa kejadian kedua-dua mangsa sedang berbual dengan suspek di dalam rumah mereka sebelum ibu suspek masuk ke dalam bilik.

“Suspek terus berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum suspek mendakwa nampak mata ayahnya hitam seakan hendak menyerangnya menyebabkan suspek mengambil parang dari dalam bilik dan menetak ayahnya.

“Ibu suspek kemudian cuba membantu suaminya tetapi mangsa menyerang ibunya dengan menetak dan menikam di leher dan kepala menyebabkan ibunya melarikan diri keluar dari rumah sebelum rebah berhampiran pagar rumah,” katanya hari ini.

Azli berkata, susulan itu suspek keluar dari rumah mencari ibunya sebelum ditemui dan ditahan oleh orang kampung dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

Menurutnya, penduduk kampung yang bergegas ke rumah suspek mendapati bapa mangsa dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas lantai rumah manakala ibu mangsa terbaring tidak bernyawa di atas rumput di luar rumah.

“Suspek yang ditahan oleh orang awam telah diserahkan kepada pihak polis dan polis turut menemukan sebilah golok dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih berjalan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan