29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Subsidi RON95, diesel kekal walau harga minyak melonjak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus mengekalkan pemberian subsidi bahan bakar diesel dan petrol RON95 walaupun harga bahan mentah di pasaran dunia melambung pada ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, harga diesel dan petrol RON95 masing-masing akan kekal pada RM2.15 maksimum dan maksimum RM 2.20.

“Kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan beban rakyat berikutan peningkatan semula harga minyak mentah di pasaran global ketika ini mencecah AS$80 (RM334.24) satu tong.

“Ini penting kerana pada 1 Oktober lalu, harga minyak mentah di pasaran global mencecah AS$80. Seperti kita sedia maklum harga siling diesel RM2.15 dan petrol RON95 RM2.05 seliter.

“Kerajaan sentiasa mengkaji perkara ini dengan mengambil kira pelbagai aspek bagi mengurangkan beban pengguna di Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini, lapor Utusan Online.

Advertisements

Terdahulu, Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) meminta kerajaan menjelaskan situasi sekuriti krisis tenaga global dan hala tuju bagi meningkatkannya di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Mustapa turut berkata, Malaysia tidak menghadapi masalah berkaitan krisis bekalan tenaga sebagaimana berlaku di beberapa negara lain termasuk China, Eropah dan India.

“Negara kita berada dalam keadaan yang baik kerana sumber penjanaan elektrik negara telah berjaya dipelbagaikan iaitu 47 peratus arang batu, 41 peratus gas asli dan 12 peratus tenaga boleh diperbahrui (RE) termasuk hidro.

“Selain itu, rizab margin kapasiti terpasang elektrik di Semenanjung Malaysia adalah tinggi iaitu sebanyak 38 peratus, manakala kapasiti terpasang kira-kira 27,000 megawatt berbanding permintaan maksimum sebanyak 19,000 megawatt.

“Pada masa ini, Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama beberapa pihak berkepentingan lain sedang merangka Dasar Tenaga Negara 2021 hingga 2040,” katanya lagi.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan