27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 5, 2022

Ahlong pancing individu gagal pinjam wang, bayar hutang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesan tindakan licik sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ahlong’ menawarkan pekerjaan kepada individu yang gagal mendapatkan pinjaman dengan mereka atau peminjam yang gagal membayar hutang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis telah mengesan dua kes membabitkan peminjam ‘ahlong’ berkenaan kes sedemikian di Sabah.

Menurutnya, penawaran kerja oleh sindiket ahlong berlaku dalam dua situasi membabitkan individu yang pinjaman mereka tidak diluluskan dan kedua, peminjam yang gagal melunaskan pembayaran pinjaman.

“Bagi individu yang pinjaman tidak diluluskan, mereka ditawarkan bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan mereka diberikan upah atas kerja yang dilakukan.

“Bagi peminjam yang gagal melunaskan pembayaran (hutang), mereka diminta bekerja dengan ahlong dan jumlah hutang mereka akan ditolak (kontra) berdasarkan kerja yang diselesaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Bukit Aman minta Anwar hadir bantu siasatan

Mohd Kamarudin bagaimanapun memberi amaran kepada mana-mana individu yang bersekongkol dengan sindiket ahlong, sama ada secara rela hati atau paksaan untuk melakukan gangguan atau perbuatan khianat tidak akan terlepas tindakan undang-undang.

Menurutnya, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan Seksyen 29(B) akta sama kerana mendatangkan gangguan kepada peminjam.

“Mereka juga boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (memberi ancaman atau ugutan jenayah), Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) serta Seksyen 436 kanun sama (khianat dengan api atau benda letupan),” katanya.

Baca juga:   Jangan bertelagah, kalau mahu kembalikan kuasa politik Melayu

Menurutnya, mereka yang bersekongkol dengan ahlong juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan tidak membuat pinjaman dengan mana-mana peminjam wang tidak berlesen.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak terbabit sebagai pekerja atau pembantu ahlong untuk membuat gangguan dan perbuatan khianat walaupun secara paksaan kerana ia adalah kesalahan jenayah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Kamarudin memaklumkan, sebanyak 644 kes membabitkan along disiasat polis antara Januari hingga September lalu.

Menurutnya, walaupun pelbagai aktiviti pembanterasan dilaksanakan, namun kegiatan sindiket ini masih berleluasa ekoran masih wujud permintaan daripada peminjam.

-EDISI9

Terkini

650,000 jemaah luar negara sudah tiba di Kota Mekah

JEMAAH berpakaian ihram dari seluruh dunia membanjiri Mekah ketika kota suci umat Islam itu bersiap sedia untuk menganjurkan ibadah...

Lagi Artikel Berkaitan