32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

PPN perlu strategi tuntas pulihkan kembali negara

Sektor-sektor ekonomi seperti pelancongan, pendidikan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu diberi tumpuan dengan membantu bagi membolehkan mereka bangkit semula

Mesti Baca

PELAN Pemulihan Negara (PPN) perlu menyediakan strategi tuntas untuk membolehkan Malaysia bangkit daripada impak pandemik COVID-19.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan sektor-sektor ekonomi seperti pelancongan, pendidikan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu diberi tumpuan dengan membantu bagi membolehkan mereka bangkit semula baik jangka pendek dan sederhana.

Beliau berkata, proses pemulihan itu perlu melibatkan segenap aspek kehidupan dan pembinaan negara termasuk perpaduan dan kebudayaan.

“Cabaran besar kita ialah bagaimana menjadikan fasa-fasa pemulihan ke hadapan lebih menyeluruh dan lebih cemerlang daripada sebelum ini.

“Kita sudah tentu tidak akan dapat kembali seperti dahulu tetapi apa yang sedang kita usahakan ini diharap menjadi lebih baik daripada sebelum pandemik,” katanya.

Baca juga:   PM persoal jumlah sebenar MP sokong Anwar

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dan dialog bersama warga Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Dr Radzi Mohd Jidin dan Tan Sri Sulaiman Mahbob sert felo-felo kanan antaranya Prof Datuk Dr J. Denison, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Datuk Dr Madeline Berma.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga pengasas Institut MASA bertemu, berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dalam banyak perkara terutama yang menyentuh isu pandemik COVID-19 dan MPN.

Sementara itu, Muhyiddin berharap Institut MASA dapat meneroka lebih banyak bidang penyelidikan dalam isu-isu yang melibatkan rakyat seperti kemiskinan, pendidikan dan pembinaan negara bangsa.

Baca juga:   Ismail Sabri bawa cadangan agar laksana 'total lockdown'?

Institut MASA merupakan sebuah badan pemikir bebas yang ditubuhkan dengan fokus awal untuk merangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Institut ini mempunyai 12 felo yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan pendidikan. – Edisi 9

Terkini

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru...

Lagi Artikel Berkaitan