26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Kes sembuh terus bertambah, 10,832 kes lepasi kes harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes sembuh negara terus merekodkan pertambahan bilangan sekaligus melepasi kes harian dengan sebanyak 10,832 kes dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,217,057 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam sekaligus menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,568 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 68 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 27,593 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga mempamerkan, jumlah kes aktif COVID-19 yang terus merekodkan pengurangan dengan sebanyak 2,950 kes dilaporkan.

Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 106,047 kes.

Terdapat sejumlah 82,634 kes (77.9 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 15,228 kes (14.4 peratus) di PKRC; sebanyak 7,463 kes (7.0 peratus) di hospital; sebanyak 342 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 380 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Baca juga:   Lokman didapati bersalah hina mahkamah, dipenjara 1 bulan

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan sebanyak 7,921 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,356,507 kes. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

KPM terus laksana penambahbaikan sistem pentaksiran, penilaian murid

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring dengan keperluan semasa. Menteri Kanan...

Lagi Artikel Berkaitan