28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Sarawak catat kes harian tertinggi lima hari berturut-turut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 19,550 kes positif baharu COVID-19 hari ini dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak Januari tahun lalu hingga kini, 1,960,500 kes.

Manakala, Sarawak pula kekal mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi bagi lima hari berturut-turut dengan 3,743 kes, selepas mengatasi Selangor sejak 5 September lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian melalui Facebook hari ini, negeri kedua tertinggi ialah Selangor dengan 2,416 kes baharu hari ini; Johor (2,282); Sabah (2,163); Pulau Pinang (1,865); Kedah (1,390); Perak (1,354); dan Kelantan (1,320).

Negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes iaitu Terengganu dengan 953 kes; Pahang (722); Kuala Lumpur (555); Melaka (490); Negeri Sembilan (198); Perlis (73); Putrajaya (24) dan Labuan, dua kes.

-EDISI9

Terkini

Ahmad Said pilihan tunggal BN untuk ‘poster boy’ Terengganu

BEKAS Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilihat menjadi calon tunggal yang akan diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan