29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

NS Corp bakal wujudkan makmal ujian COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEREMBAN – Perbadanan Negeri Sembilan (NS Corp) akan membuka makmal perubatan khusus untuk ujian RT-PCR, Antibody Test, RTK Antigen dan kesemua berkaitan COVID-19 di Pusat Perdagangan Paroi, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Mohamad Rafie Abd Malek, berkata makmal berkenaan dijangka dapat memulakan operasi pada November depan.

Katanya, projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak ketiga dengan mengambil contoh makmal serupa yang beroperasi di Johor Bahru.

“Makmal perubatan ini telah siap dibina dan dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Persiapan sudah dibuat dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya November depan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan berkata, inisiatif itu diambil sebagai langkah menangani wabak pandemik berkenaan yang dijangka berterusan dalam tempoh lama.

Advertisements

“Terdapat keperluan kepada pengwujudan sebuah makmal yang moden dan lengkap untuk menangani permasalahan COVID-19 di Negeri Sembilan.

“Makmal ini dijangka dapat memendekkan tempoh ujian yang mana ketika ini sampel kebanyakannya terpaksa dilakukan di makmal di Kuala Lumpur,” katanya.

Mohamad Rafie berkata, bagi menjayakan projek berkenaan, pihaknya sudah melakukan lawatan ke makmal sama yang beroperasi di Johor Bahru, bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

Beliau berkata, ini adalah untuk memastikan makmal yang sedang disiapkan di Seremban dapat memperoleh lesen kelulusan dan beroperasi sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan negeri yakin, makmal ini akan dapat memberi manfaat dalam usaha membantu masyarakat dan menangani wabak COVID-19,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan