32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Institut MASA tawar geran penyelidikan berkaitan PPN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) mengalu-alukan para penyelidik dan ahli akademik dari universiti dan institusi penyelidikan untuk mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azril Mohd Amin berkata, mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan untuk membawa keluar Malaysia daripada kemelut pandemik COVID-19.

Menurutnya, kertas cadangan berkenaan juga mesti menepati bidang-bidang fokus penyelidikan seperti ekonomi, sosial dan pembangunan lestari.

“MPDP menawarkan geran bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap cadangan penyelidikan
yang terpilih. Pemohon yang berjaya boleh menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal yang terkemuka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azril berkata, setiap cadangan penyelidikan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Oktober ini menerusi emel [email protected].

“Layari laman web kami di www.institutmasa.com atau hubungi Encik Mohd Noor Musa di talian 018-2072122,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan