27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mayat seorang mekanik ditemukan sudah reput

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki ditemukan sudah reput dan berbau dalam keadaan terlentang di atas katil bilik utama rumahnya di Taman Ria di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, penemuan mayat lelaki berusia 56 tahun yang juga mekanik itu dimaklumkan jirannya yang menghubungi polis pada pukul 11.10 pagi.

“Polis yang tiba di lokasi selepas menerima maklumat mendapati pintu rumah dikunci dari dalam dan terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba untuk memecahkannya.

“Berdasarkan keadaan mayat itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa sudah meninggal dunia lebih 24 jam lalu

“Hasil keterangan daripada jiran, kali terakhir mereka bertemu adalah lima hari lalu dan mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.

“Jirannya juga mendakwa mangsa yang masih bujang itu tinggal dengan bapanya berusia 90 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati bapa mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Hamid (HSAH) sejak empat hari lalu kerana uzur.

“Mangsa menjadikan hadapan rumahnya sebagai bengkel membaiki kereta dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan mayat itu akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum proses bedah siasat dilakukan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan