24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri meluahkan kesyukuran atas taubat Sittah Annur atau nama sebenarnya Masitah Ab. Jalar, 39.

Zulkifli turut memuji usaha istitabah dan tindakan pantas serta berhemah yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Membaca beberapa laporan akhbar hari ini, saya melafazkan alhamdulillah dan syukur atas taubat Puan Masitah Ab Jalar daripada ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

“Sejujurnya, saya berbangga dengan kesudian beliau mengakui kekhilafannya,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya pagi ini.

Selain itu, beliau turut menasihatkan kepada yang mengenali Sittah Annur untuk memberikan sokongan dan panduan supaya wanita berkenaan terus istiqamah atas akidah yang benar.

“Semoga cahaya kebenaran Islam sentiasa menyuluh kehidupan kita,” katanya.

Semalam, Edisi9 melaporkan seorang wanita yang mendakwa Ketua Ajaran PMYT, Sittah Annur membuat pengisytiharan taubat menerusi pembacaan teks Istitabah di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor.

Perkara tersebut disaksikan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir ; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad ; Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Ansor Rullah Mohd. Hassim dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Ahmad Shahir Makhtar yang turut menandatangani dokumen pengisytiharan taubat tersebut.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan wanita itu mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, malaikat dan Nabi Muhammad S.A.W.

Sittah Annur juga mengaku sebagai Ketua PMYT dan mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat Islam lain.

Dia juga mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh tuhan.

Edisi9 4 September lalu melaporkan seorang wanita berusia 39 tahun yang disyaki ketua ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ telah ditahan polis awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, suspek warga tempatan itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat pada 29 Ogos berhubung video dimuatnaik di YouTube milik suspek.

Terdapat enam laporan polis diterima berikutan isu yang sama dibuat di lima balai polis yang berasingan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan