26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Pastikan tiada komuniti tertinggal pendigitalan negara RMK-12

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan bekerjasama dengan semua pemegang taruh di dalam industri untuk memastikan tiada komuniti yang ketinggalan dalam pendigitalan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, akses kepada internet sebagai hak asasi manusia akan menjadi pemacu utama bagi kementerian.

“Sehubungan dengan itu, KKMM komited di bawah RMKe-12 untuk memberi tumpuan bagi mempertingkat ketersambungan digital dan memperhebat ekonomi digital serta memberi nilai tambah dan manfaat kepada Keluarga Malaysia.

“Saya juga telah berjumpa dengan pelbagai pemegang taruh di dalam industri telekomunikasi termasuk daripada pihak swatsa untuk memastikan inisiatif pendigitalan dibawah RMK-12 menggunakan satu pendekatan keseluruhan negara,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Menurutnya, KKMM mengetuai Kluster Infrastruktur Digital dan Data, iaitu salah satu daripada enam kluster yang dibentuk dibawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar 4IR Negara bagi mempercepatkan ekosistem pembangunan ekonomi digital dan 4IR negara.

“Oleh demikian, kementerian akan sentiasa memantau dan memastikan pelaksanaan inisiatif pendigitalan yang dinyatakan dibawah Kluster Infrastruktur Digital dan Data ini dilaksanakan mengikut fasa yang ditetapkan sehingga 2025 atau dipercepatkan lagi daripada sasaran ditetapkan, serta bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan kerana inisiatif-inisiatif pendigitalan merentas kementerian dan agensi lain,” katanya.

Baca juga:   KPLB berjaya lahirkan lebih 64,000 usahawan desa

Annuar berkata, antara strategi pemerkasaan adalah mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan ekonomi digital seperti penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan digital, membangunkan bakat digital masa hadapan, memperluas pendigitalan dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Digital ASEAN.

Baca juga:   Annuar akan bawa usul beri kelonggaran kepada industri kreatif

Sementara itu, menurutnya, menerusi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA, sebanyak 94 peratus kawasan berpenduduk telah mendapat liputan 4G sehingga bulan Ogos 2021, manakala rangkaian teknologi 5G akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

“Selari dengan pencapaian ini, JENDELA menyasarkan 100 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk, liputan 5G yang lebih luas dan jalur lebar talian tetap kepada sembilan juta premis menjelang tahun 2021.

“Kesemua inisiatif pendigitalan ini menyokong kepada sasaran 25.2 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2025,”katanya.

Ujar beliau, pada masa sama bagi memastikan peluang ekonomi digital diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi, pembangunan ekonomi digital akan dibangunkan bersama di pelbagai titik sentuh seperti Pusat Internet Komuniti yang akan ditrasformasi sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia seluruh negara.

“Selain itu, KKMM, juga akan menumpukan kepada usaha mengukuhkan ekosistem industri kreatif sebagai salah satu industri startegi dan berimpak tinggi yang mempunyai potensi besar dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Industri kreatif menyasarkan sumbangan kepada KDNK sebanyak RM31.9 bilion menjelang tahun 2025.

Baca juga:   PPLH 2.0 guna kaedah patuh syariah, urusan lebih telus

“Saya yakin matlamat RMK-12 ini akan dapat direalisasikan dengan usaha sama semua pihak dan Insya-Allah Keluarga Malaysia akan terus cekal mendepani cabaran serta mampu melakar kecemerlangan untuk masa hadapan negara,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Ini rupanya tujuan Tengku Zafrul ke Timur Tengah...

Wartawan

Terkini

PM terima kunjungan hormat TPM Thailand

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan di kediaman rasmi beliau...

Lagi Artikel Berkaitan