26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kes bawah 12,000, Sarawak kembali tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 negara merekodkan angka kes dibawah 12,000 dengan sebanyak 11,332 kes dilaporkan.

Sarawak kembali mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 2,358 kes yang menyumbang kepada kes baharu harian hari ini.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Dr Noor Hisham berkata, selain Sarawak, Selangor turut kembali merekodkan angka kes empat digit dengan sebanyak 1,231 kes dilaporkan.

“Diikuti, Johor (1,319 kes) dan Kelantan (1,088 kes).

“Sementara, Sabah (965 kes), Pulau Pinang (895 kes), Kedah (819 kes), Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Terengganu (629 kes), Melaka (303 kes) dan Kuala Lumpur (240 kes).

Advertisements

“Negeri Sembilan pula (89 kes), Putrajaya dan Perlis (masing-masing 19 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya.

Sehingga kini, jumlah kes positif COVID -19 mencecah 2,220,526 kes.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 14,160 kes sembuh telah dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,020,099 kes.

“Terdapat 986 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 574 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, 247 kes (2.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 11,085 kes (97.8 peratus) kategori satu dan dua,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Sementara itu, ujarnya, sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada sembilan kluster komuniti dan enam kluster tempat kerja kesemuanya dilaporkan di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Johor, Selangor dan Perak.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan