24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Keahlian Muafakat Nasional kini 30,000 orang – Annuar Musa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEAHLIAN Muafakat Nasional (MN) kini mencecah 30,000 orang selepas lebih sebulan permohonannya untuk menyertai pertubuhan itu dibuka.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan pencapaian jumlah keahlian seramai itu, tiba masanya untuk MN memulakan penubuhan perhubungan negeri dan kawasan.

“Penubuhan Perhubungan negeri akan bermula di Sabah pada 5 Februari ini.

“Ia kemudian akan disusuli Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan lain,” katanya dalam Facebook, malam tadi.

Ujar Annuar lagi, empat negeri iaitu Pahang, Sabah, Selangor dan Sarawak sudah mempunyai Pengerusi Perhubungan.

“Sukacita saya mengumumkan Pengerusi Perhubungan MN Pahang ialah Nasrudin Hassan Tantawi yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Advertisements

“Pengerusi Perhubungan MN Sabah adalah Jasmit Japong, Datuk Zuraida Kamarudin (Selangor) dan Datuk Justine Jinggot (Sarawak),” katanya.

Untuk rekod, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mula membuka keahlian kepada orang ramai mulai 10 Disember dan pada 15 Disember keahliannya hampir mencecah 20,000 orang.

Annuar sebelum ini dilaporkan berkata, pertubuhan itu kekal sebagai sebuah NGO dan tidak terbabit dalam gerakan politik.

Menurutnya, MN akan memainkan peranan menanam nilai serta kefahaman kenegaraan yang berasaskan tiga prinsip, iaitu kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan