24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Kanak-kanak didera, dibuang tepi jalan diselamatkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG Kanak-kanak lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia tiga hingga empat tahun itu ditemukan orang awam pada jam 11.30 malam.

“Susulan itu sepasukan anggota polis ronda cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Ujar Mohd Zaid lagi, hasil pemeriksaan lanjut terhadap mangsa tidak menjumpai sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.

“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.

Baca juga:   Sidang khas Parlimen berkaitan RUU Antilompat Parti hari ini

“Mangsa kemudiannya dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Sehubungan itu, orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini menghubungi mana-mana balai polis berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 bagi membantu siasatan.

Baca juga:   Rompakan RM 700,000: Dua lagi pegawai SPRM ditahan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan