25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

99.9% individu dewasa di Lembah Klang lengkap dos vaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembah Klang mencatatkan peratusan vaksinasi terkini tertinggi di negara ini iaitu sebanyak 99.9 peratus individu dewasa usia 18 tahun ke atas lengkap divaksinasi.

Melalui perkongsian media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) setakat pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 6,156,029 individu telah menerima dua dos di Lembah Klang membabitkan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Bagaimanapun jumlah peratusan terkini individu yang telah lengkap divaksin di negara ini ialah 72 peratus iaitu bersamaan 16, 856, 812 individu, manakala peratusan bagi penduduk yang sekurang-kurangnya mendapat satu dos vaksin ialah 90.5 peratus iaitu bersamaan 21,195,778 individu.

WP Labuan pula mencatatkan sebanyak 95.9 peratus individu dewasa lengkap divaksin iaitu bersamaan 65,669 individu lengkap divaksin, diikuti Sarawak sebanyak 88.1 peratus bersamaan 1,799,721 individu dan Negeri Sembilan sebanyak 86.9 peratus iaitu bersamaan 707, 882.

Hanya Sabah sahaja yang mencatatkan peratusan vaksinasi di bawah 50 peratus iaitu sekitar 48.6 peratus iaitu bersamaan 1,341,609 individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.

Manakala, bagi dos harian pula, sebanyak 287,059 dos vaksin diberikan semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 38,001,646 dos.

Pecutan pemberian dos vaksin dilihat di negeri Johor apabila sebanyak 31,018 dos vaksin kedua dicatatkan, manakala dos pertama pula ialah 16,140 dos.

Untuk rekod, terdahulu media melaporkan vaksinasi secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang akan dihentikan sepenuhnya bermula 15 September ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira faktor bahawa jumlah penduduk Lembah Klang yang masih belum mendapat vaksinasi COVID-19 adalah sangat kecil.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan