31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perlukah miliki gred SPM yang baik untuk menjadi guru?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


Oleh AZIZI AHMAD

TAJUK di atas adalah berkaitan satu artikel berjudul 70% guru punyai kelulusan tak lebih 3A dalam SPM.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berdasarkan pengalaman saya sebagai kakitangan akademik yang pernah melatih bakal guru di institusi pendidikan.

Suka dimaklumkan bahawasanya kenyataan dari salah seorang pegawai Teach for Malaysia adalah rasanya tidak benar sama sekali.

Dalam makluman, pengambilan pelatih ke institusi pengajian tinggi (IPT) latihan perguruan, tanggungan kerajaan sudah semestinya gred pengambilan adalah melebihi 3A dalam SPM tetapi bagi pengambilan IPT swasta mungkin kelayakan minima adalah 3A sekurang-kurangnya.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, calon yang terpilih untuk institut latihan perguruan dinilai berdasarkan pelbagai faktor termasuk sikap, kebolehan mengajar dan perwatakan.

Adakah memerlukan gred nilai yang tinggi?

Gred mencerminkan seberapa banyak bahan yang telah anda pelajari (diterima, diproses dan dikekalkan dalam minda ingatan yang boleh dipercayai).

Adalah sukar untuk memperoleh gred nilai yang baik tanpa memahami bahannya.

Kebanyakan para guru (sebelum bergelar dan layak sebagai guru) rasanya mampu dan berada dalam kedudukan yang baik ketika persekolahan dahulu.

Tentunya bukan semua yang mendapat markah tertinggi sepanjang masa, prestasi seharian biasanya di antara 70 peratus dan 90 peratus.

Ramai yang tidak pernah menilai  diri sendiri semasa persekolahan dan kehadiran ke sekolah adalah kerana zaman persekolahan adalah sesuatu yang menarik.

Ramai yang seronok belajar dan mahu ke universiti. Kita  berada di sekolah bukan untuk mendapat atau mengejar gred.

Bagi kebanyakan individu, tentunya hanya mempunyai purata nilai gred yang agak sederhana semasa pengajian sarjana muda.

Ramai yang menikmati dan berasa seronok ketika berpeluang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (mengikut bidang jurusan) dan berusaha sebaik mungkin.

Baik Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di sekolah menengah, untuk sarjana muda atau juga gred nilai sarjana tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan ijazah seterusnya, tetapi keadaannya mungkin berbeza bagi individu.

Gred Markah peperiksaan yang mencukupi untuk masuk ke universiti, membuat ramai yang tidak perlu bimbang tentang PNGK yang  rendah sekiranya berlaku.

Anda memerlukan nilai purata sederhana  atau lebih tinggi untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai disiplin diri dan dapat membuat diri anda bekerja.

Gred Nilai yang rendah meninggalkan kesan bahawa anda tidak akan berupaya, tidak mencapai tahap atau anda tidak mencuba.

Tetapi sekali lagi, apabila mengetahui akan syarat kemasukan ke IPT/universiti dan berjaya mencapai tahap yang dikehendaki,  tidak ada gunanya kesana kesini atau ke semua arah jika hanya satu atau dua perkara yang penting.

Apa yang saya maksudkan ialah jika anda tahu apa yang harus anda fokuskan, anda tidak perlu terlalu berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara – itu tidak semestinya berbaloi.

Di mana sahaja, tentunya, anda memerlukan nilai gred yang baik di sekolah untuk masuk ke kolej yang baik termasuk ke program sarjana muda pendidikan.

Sekiranya anda ingin ke peringkat sarjana maka anda pasti memerlukan nilai gred yang lebih baik.

Tetapi, bukan sekadar gred, untuk menjadi guru yang baik, anda memerlukan minat terhadap subjek anda dan minat yang mendalam terhadapnya.

Menjadi seorang guru yang baik adalah kerja keras dan anda akan memberi banyak kesan kepada hidup anda, jadi jangan terlalu ambil mudah dan ringan.

Mereka yang berjaya dan terhebat memuji pertumbuhan dan perkembangan subjek mata pelajaran mereka kepada seorang guru yang memberi inspirasi kepada mereka.

Jadi beri tumpuan dan usaha terbaik anda jika anda ingin membuat perbezaan.

Tidak semestinya?

Mempunyai gred nilai yang baik dalam subjek tidak bermaksud bahawa anda dapat dan mampu membantu menjelaskan subjek itu dengan cara yang bermakna kepada orang lain.

Sebagi contohnya, profesor universiti/kolej. Walaupun mereka mungkin mempunyai Ph.D dalam bidang mereka dan telah menghabiskan bertahun-tahun meneliti, mengkaji atau membuat penyelidikan paling rumit mengenai subjek yang sangat mereka sukai, dan secara meluas dianggap sebagai pemimpin dalam bidang mereka.

Tetapi bukan semua yang mampu dapat mengajar sekumpulan orang dewasa apa-apa yang bermanfaat mengenai subjek mereka. Oleh itu, pelajar harus mempelajari semua perkara itu sendiri.

Pengajaran yang baik bukan mengenai seberapa baik gred nilai yang anda dapat di sekolah.

Ia adalah mengenai seberapa baik anda memahami subjek dan dapat menyampaikannya dengan cara yang dapat diinternalisasikan oleh pelajar.

Guru terbaik yang pernah saya miliki bukanlah guru akademik. Mereka adalah pengajar profesional.

Tugas mereka adalah untuk memastikan pengetahuan mereka dapat disebarkan, sehingga mereka mempunyai kepentingan untuk memecah sesuatu menjadi beberapa makna dan dimengertikan  yang kemudian dapat disatukan untuk membangun pemahaman yang utuh.

  • Azizi Ahmad adalah bekas pensyarah perguruan. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan