34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sarawak rekod kes tertinggi, kes harian 17,352

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sarawak merekodkan angka tertinggi kes harian dengan 3,714 kes daripada 17,352 kes harian negara yang menunjukkan penurunan hari ini.

Negeri lain yang mencatatkan kes empat digit ialah Selangor (2,126 kes), Johor (2,101 kes,) Sabah (1,844 kes), Kedah (1,599 kes), Pulau Pinang (1,558 kes), Kelantan (1,213 kes) dan Perak (1,082 kes).

Dalam masa sama, negeri-negeri mencatatkan kes tiga digit ialah Terengganu (700 kes), Pahang (463 kes), Kuala Lumpur (398 kes), Melaka (295 kes) dan Negeri Sembilan (193 kes) manakala, selebihnya Perlis (38 kes), Putrajaya (23 kes) dan Labuan (lima kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan melaporkan sebanyak 252,668 kes termasuk 1,355 kes di Unit Rawatan Rapi dan 745 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 272 kes kematian melibatkan 227 warga Malaysia dan 45 warga asing manakala, 81 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan sebanyak 18,491 kes kematian COVID -19 dilaporkan.

“Selain itu, sebanyak 20,201 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 1,591,028 kes,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata, kes harian yang dilaporkan terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua serta mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Daripada 268 kes kategori tiga hingga lima, sebanyak 191 kes (71.3 peratus) adalah mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) mereka telah lengkap vaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID -19 yang teruk,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 30 kluster baharu lagi dikenal pasti terdiri daripada 16 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan empat kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Sementara, dua kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan serta satu kluster pusat tahanan, “katanya.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes positif COVID -19 sebanyak 1,862,187 kes. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan provokatif diturunkan sejak awal tahun

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang...

Lagi Artikel Berkaitan