27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Lelaki ditahan sebar berita 14 ahli keluarga mati kerana COVID-19

Kutip RM91,000 hasil sumbangan orang ramai yang simpati dengan 'nasib' yang menimpanya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang lelaki yang merupakan kakitangan kontrak Petronas Penggerang ditahan di Balai Polis Bayu Damai Kota Tinggi, Johor semalam susulan dipercayai menyebarkan berita palsu kematian 14 ahli keluarganya akibat Covid-19 sehingga meraih sumbangan berjumlah RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai mula berbuat demikian sejak Jun lalu bagi mendapatkan sumbangan derma dari orang ramai.

Menurutnya, tangkapan berkenaan adalah hasil maklumat dan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang mendapati terdapat mesej tular berkenaan.

“Maklumat tular melalui media sosial whatsApp Dan Facebook yang mendakwa lelaki tersebut berdepan ujian berat akibat kehilangan keluarga telah menarik simpati orang ramai untuk memberikan sumbangan derma yang dimasukkan ke dalam akaun bank suspek.

“Suspek kini telah direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas berhubung tangkapan seorang pekerja kontraknya yang menyebar berita palsu sehingga meraih RM91,000.

Hussin berkata, jika sabit kesalahan suspek bakal berhadapan hukuman penjara setahun atau tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda.

Baca juga:   Seks luar tabii: Selangor, KL catat kes tertinggi

“Kita nasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan atau derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan,” tegasnya.

Sebelum itu, Petronas mengesahkan seorang kakitangan syarikat kontraktornya ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu kematian melibatkan 14 ahli keluarganya akibat Covid-19.

Baca juga:   KPM cari punca 24,941 calon tidak duduki SPM 2021

Syarikat minyak dan gas itu juga menyatakan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk dakwaan yang dibuat lelaki yang bekerja di Kompleks Pengerang, Kota Tinggi.

“Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

“Petronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu turut dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter miliknya tidak lama kemudian.

Tunku Ismail bertitah, pihak atasan telah menasihati Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Setelah mendapat laporan penuh daripada Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihat Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu,” titah baginda.

Untuk rekod, mesej tular tersebut menyatakan lelaki yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Baca juga:   Berita Ustaz Ismail Kamus meninggal adalah palsu

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   7 berita palsu, perkauman dan hina raja disiasat - Teo Nie Ching

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan