24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lengkap vaksin kurang risiko dijangkiti, 20,396 kes baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu yang lengkap divaksinasi lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi.

Menurutnya, berdasarkan data yang dikeluarkan hari ini, sebanyak 13,519 kes (66.3 peratus) daripada kes harian tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.

“Manakala, 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Sementara, daripada 322 kes kategori tiga hingga kategori lima, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap divaksinasi.

“Justeru, mereka yang belum mengambil vaksin COVID -19 dinasihatkan untuk segera pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 336 kes kematian harian dilaporkan lagi, terdiri daripada 274 warga Malaysia dan 62 warga asing, menjadikan jumlah terkini sebanyak 18,219 kematian.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan pula mencatatkan sebanyak 255,789 kes termasuk 1,338 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 735 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 37 kluster baharu lagi dikenal pasti, terdiri daripada 21 kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Terdahulu, laporan yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah kes baharu harian negara kembali melepasi angka 20,000 dengan sebanyak 20,396 kes baharu dilaporkan.

Menerusi maklumat tersebut, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 3,886 kes dilaporkan.

Diikuti, Sarawak sebanyak 3,747 kes, Johor (2,165 kes) dan Sabah (2,136 kes).

Sementara, Pulau Pinang (1,961 kes), Kedah (1,587 kes), Kelantan (1,078 kes), Perak (1,057 kes), Terengganu (861 kes), Kuala Lumpur (597 kes), Pahang (486 kes), Melaka (459 kes) dan Negeri Sembilan (269 kes).

Perlis pula (78 kes), Putrajaya (25 kes) dan Labuan (empat kes).

Sehingga kini, jumlah kes positif COVID -19 yang direkodkan adalah sebanyak 1,844,835 kes.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan