26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bersatu rai ulang tahun kelima secara dalam talian malam ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meraikan ulang tahun kelima pendaftaran parti itu secara dalam talian melalui laman rasmi Facebook Bersatu Malaysia bermula jam 9 malam ini.

Bersatu dalam kenyataannya di Facebook semalam menyatakan Bersatu telah melalui pelbagai cabaran sepanjang penubuhannya sebelum berjaya memposisikan kedudukannya sebagai antara parti utama dalam arena politik negara.

“Bersatu yang menyambut ulang tahun kelima penubuhannya hari ini (semalam) telah menjadi sebahagian daripada parti yang membentuk Kerajaan dan mencorak hala tuju negara.

“Bersempena dengan ulang tahun kelima penubuhannya, ayuh kita dengarkan amanat YB Presiden Bersatu, perdana menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung pada hari Jumaat, 9 malam,” kongsi kenyataan berkenaan.

Sehingga pukul 6.30 petang antara yang sudah menyatakan kehadiran secara dalam talian itu ialah Muhyiddin dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan