31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Angka kes kembali meningkat, 21,176 kes dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID -19 hari ini kembali meningkat dan melepasi angka 20,000 dengan 21,176 kes dilaporkan.

Sarawak terus merekodkan jumlah kes baharu harian tertinggi bagi lima hari berturut-turut dengan sebanyak 3,734 kes.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,940,950 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Sarawak merekodkan empat digit angka, ia turut diikuti oleh Selangor dengan 3,595 kes, Johor (2,297 kes) dan Sabah (2,246 kes).

“Pulau Pinang (1,939 kes), Kedah (1,808 kes), Perak (1,366 kes), Kelantan (1,254 kes), Pahang (853 kes), Terengganu (776 kes), Melaka (485 kes), Kuala Lumpur (467 kes) dan Negeri Sembilan (252 kes).

“Perlis pula (77 kes), Putrajaya (21 kes) dan Labuan (enam kes),” katanya terdahulu pada Facebook di sini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) sekali lagi mencatatkan angka tiga digit dengan 102 kes dilaporkan semalam melibatkan 82 warga Malaysia dan 20 warga asing.

“Sementara, sebanyak 341 kes kematian lagi dilaporkan sekali gus kekal melebihi 300 melibatkan 300 warga Malaysia dan 41 warga asing, menjadikan jumlah kematian COVID -19 sebanyak 19,827 kes.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan pula merekodkan sebanyak 242,161 kes dengan 1,310 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 773 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, 21,476 kes sembuh dicatatkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 338 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 20,838 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 37 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 30 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan