31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

Kereta disondol kerbau, pemilik cari tuan kerbau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pemilik kereta jenis Proton Saga yang diparkir di sebuah premis Kawasan Perindustrian Klebang Bistari, Chemor, Perak memohon jasa baik pengguna media sosial mengesan pemilik kerbau yang merosakkan kenderaannya hari ini.

Video berdurasi 19 saat itu yang dikirim pemilik kenderaan dalam page Facebook komuniti setempat kini tular di media sosial.

Pemilik kenderaan yang menggunakan akaun Facebook bernama Lang Mizan menyeru orang ramai untuk mengesan pemilik kerbau berkeliaran berkenaan bagi meminta ganti rugi keretanya yang disondol binatang berkenaan.

“Siapa-siapa yang kenal owner (pemilik)kerbau dekat kawasan Perindustrian Klebang Bistari tolong inform (beritahu). Saya nak tuntut ganti rugi,” kongsinya di Facebook hari ini.

Bagaimanapun waktu kejadian tidak dinyatakan.

Dalam video tular tersebut, pemilik kenderaan sempat merakam seekor kerbau bersaiz agak besar berada di tepi keretanya.

Baca juga:   Kluster tempat kerja meningkat akibat ketidakpatuhan SOP

Kerbau berkenaan kemudiannya beredar dan mangsa mendapati keretanya remuk di bahagian sisi kiri hadapan selain sisi kereta patah.

-EDISI9

Terkini

Najib nafi kerajaan bakal berbelanja bilion bantu Sapura

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan bakal membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan cadangannya berkenaan penyelamatan...

Lagi Artikel Berkaitan