33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Bantuan Wang Ihsan dinaikkan kepada RM1,000 – PM

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan NADMA kepada Sabah sebanyak RM18,241,250 bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas sentiasa dipelihara.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PUTRAJAYA – Ketua isi rumah (KIR) yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau lain-lain bencana akan mendapat Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000, umum Datuk Seri Ismail Sabri hari ini.

Sebelum ini BWI yang diberikan adalah sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah.

Perdana Menteri berkata, inisiatif BWI itu dijangka meringankan beban lebih 39,100 KIR melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Beliau berkata, pemberian bantuan tersebut bukan satu bentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami mangsa, tetapi untuk meringankan beban yang ditanggung.

“Ini adalah pendekatan baharu yang diambil kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku awal November 2021 sehingga penghujung Mac 2022, melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan menaikkan BWI tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Pusat yang dipengerusikan beliau pada 13 September lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada Sabah sebanyak RM18,241,250 bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas sentiasa dipelihara.

Kata beliau, peruntukan tersebut bagi perolehan 2,000 unit kit makanan berjumlah RM160,000; pembelian 2,500 unit C-Tent (RM96,250), operasi JPB negeri (RM20,000), operasi 22 daerah JPB (RM1.1 juta) dan pengurusan operasi COVID-19 di Sabah sebanyak RM16 juta.

“Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam.

“Saya turut bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban,” katanya yang sedang melakukan lawatan ke Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, peruntukan sebanyak RM9.5 juta kepada kerajaan negeri yang menghadapi kesukaran menguruskan bencana Monsun Timur Laut sepanjang tahun.

Perutukan perbelanjaan operasi dalam Monsun Timur Laut 2021/2022 itu akan disalur menggunakan KWABBN bagi melancarkan proses dan memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan