31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Jumlah jemaah solat Jumaat ditambah kepada 500 orang – JAWI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ditingkatkan kepada 500 orang berkuat kuasa esok.

Perkara itu diputuskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, sebelum ini, had jemaah bagi solat Jumaat bagi Masjid Wilayah Persekutuan adalah seramai 300 orang.

“Ketetapan baharu itu sudah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selaras peralihan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini diletakkan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagi solat Jumaat Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 500 orang manakala, bilangan jemaah di tujuh buah Masjid Zon dan Masjid Kariah pula dibenarkan seramai 250 orang, “katanya.

Baca juga:   Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Liek Hou

Sementara itu, katanya, bilangan jemaah di Surau Jumaat pula dibenarkan seramai 150 orang manakala, bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat pula adalah seramai 100 orang.

“Manakala, bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Liek Hou

Wartawan

Terkini

BN mesti menang eemua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan