31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

18,815 kes baharu harian, Sarawak tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sarawak masih terus merekodkan angka kes positif COVID-19 harian tertinggi iaitu sebanyak 3,660 kes hari ini.

Dengan pertambahan kes di negeri tersebut, menjadi penyumbang kepada jumlah kes baharu harian COVID-19 dengan sebanyak 18,815 kes dilaporkan.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook di sini.

Beliau berkata, jumlah kes positif COVID -19 keseluruhan negara kini sebanyak 2,049,750 kes.

Katanya, selain Sarawak merekodkan empat digit kes,ia diikuti Selangor dengan 2,718 kes dan Johor (2,206 kes).

“Sabah (1,982 kes), Pulau Pinang (1,777 kes), Perak (1,446 kes), Kedah (1,233 kes) dan Kelantan (1,222 kes).

“Manakala, Terengganu (814 kes), Pahang (712 kes), Kuala Lumpur (493 kes), Melaka (269 kes) dan Negeri Sembilan (170 kes).

“Perlis (80 kes), Putrajaya (22 kes) dan Labuan (11 kes),” katanya.

Baca juga:   Tak munasabah hapus, kurangkan pencen pesara - Anwar

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,222 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 710 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Manakala, sebanyak 16,939 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 1,800,278 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Menurut beliau, daripada kes harian yang dilaporkan, sebanyak 222 kes (1.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 18,593 kes (98.8 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Terdapat 21 kluster baharu lagi dikenal pasti terdiri daripada sembilan kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain serta masing-masing satu kluster pendidikan tinggi dan pusat tahanan, “katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Pasangan suami isteri dera anak angkat ditahan

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan