32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

KSM kenal pasti lokasi dijadikan pusat kuarantin pekerja asing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang mengenal pasti lokasi berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dijadikan Pusat Kuarantin Pekerja Asing susulan kebenaran masuk 32,000 pekerja asing dalam sektor perladangan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, Pusat Kuarantin Pekerja Asing itu nanti dijangka dapat menampung sehingga 2,000 pekerja dalam satu-satu masa.

Pada masa yang sama, menurut beliau, kementeriannya juga sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) tambahan untuk dilaksanakan sebelum para pekerja asing terbabit tiba.

“Ini adalah sebagai persediaan bagi pengambilan pekerja asing dari negara sumber sekiranya terdapat keperluan mendesak.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada 12 September berhubung kekurangan tenaga buruh dalam sektor perladangan termasuk kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju membenarkan kemasukan 32,000 pekerja asing di sektor perladangan secara pengecualian khas ekoran masalah kekurangan pekerja dalam sektor berkenaan yang dihadapi sejak pandemik COVID-19 melanda.

Saravanan berkata, masalah tersebut telah menyebabkan negara kehilangan pendapatan sehingga RM20 bilion setahun terutamanya kepada sektor kelapa sawit.

“Dalam hal ini, KSM sememangnya menggalakkan kekosongan tersebut diisi oleh pekerja tempatan tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Justeru, kekosongan tersebut perlu ditampung oleh tenaga buruh asing,” katanya. – Edisi 9


Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan