26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

44 kes varian SARS-CoV-2, 59 kes VOC varian Delta dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 44 kes varian baharu SARS-CoV-2 dikesan menerusi kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) dari 29 Ogos lalu sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, sebanyak 59 kes Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) juga dikesan oleh Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,324 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,304 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baca juga:   Lebih 600,000 kes terkumpul COVID-19 setakat ini

Berdasarkan lampiran yang dikeluarkan, kesemua 44 kes kes varian baharu SARS-CoV-2 dan 59 kes VOC varian delta (B.1.617.2) dikesan dari 29 Ogos sehingga hari ini.

Ia dilaporkan di Johor dan Kedah (masing-masing 24 kes), Melaka dan Selangor (masing-masing 13 kes), Kelantan (10 kes), Perak (tujuh kes), Terengganu (lima kes), Kuala Lumpur (empat kes) dan Negeri Sembilan (tiga kes). -Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan